Sunday, November 22, 2009

SIASAT STATUS SIJIL ANAK NEGERI YB SRI TANJUNG

(18th November 2009 - NST)

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri(Adun) Sekong, Datuk Samsudin Yahya kelmarin menggesa pihak Polis, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat Adun Sri Tanjong, Jimmy Wong Sze Phin yang didakwanya mempunyai taraf Sijil Anak Negeri yang meragukan.

Beliau yang membuat dakwaan itu, ketika membahaskan Bajet Negeri 2010 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) turut meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya Majlis Perbandaran Tawau (MPT) mengambil tindakan saman dan undang-undang serta caj terhadap Adun DAP Sri Tanjong itu mengikut peruntukan yang ada.

Beliau yang turut menunjukkan beberapa bukti yang menyokong dakwaannya itu ketika perbahasan itu berkata, ini termasuk pencerobohan tanah dan kawasan taman permainan, rumah Adun berkenaan.

Perang mulut berlaku antara kedua-dua wakil rakyat itu apabila Samsudin berkata YB Pembangkang itu tidak layak menjadi Ahli Dewan.

Katanya, berdasarkan bukti-bukti yang kukuh dan sahih, saya syorkan kepada Dewan yang mulia ini, agar hak-hak kelayakan beliau (Jimmy) dilucutkan serta-merta.

“Saya membangkitkan perkara itu bukan untuk mencari kesilapan mana-mana pihak, prinsip saya mudah sahaja “berani kerana benar, takut kerana salah…kalau ini tidak benar, saya cabar beliau (Sri Tanjong) letak jawatan, kosongkan kerusi DUN dan biarkan rakyat menentukan kedudukan beliau,” tegasnya.

Menurutnya, ini adalah amanah dan tanggungjawab beliau sebagai wakil rakyat bagi memastikan rakyat Sabah khususnya pengundi di DUN Sri Tanjong, tidak lagi terus di perdaya oleh Adun itu.

“Sri Tanjong selalu melemparkan tuduhan tidak berasas kepada kerajaan, bercakap bohong di Dewan yang mulia ini, kononnya menjadi hero membela rakyat,” ujarnya.

Saturday, November 21, 2009

PEMUDA UMNO LAPOR POLIS !!!

(Oleh Sahar Buraera UB-19/Nov/09)
KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda Umno Sabah kelamarin membuat laporan polis terhadap ADUN Sri Tanjung YB.Jimmy Wong didakwa menggunakan Sijil Anak Negeri yg meragukan membeli tanah berstatus anak negeri.....Ketuanya Azman Roslan berkata,tindakan tersebut adalah melanggar kredibiliti sebagai seorang wakil rakyat dan tindakan undang2 perlu dikenakan terhadap Adun Sri Tanjung itu....."Diatas kesedaran dan tanggungjawab kita sebagai Warga Malaysia, maka Pemuda Umno Sabah membuat laporan Polis berhubung kesahihan Sijil Anak Negeri dan status bumiputera yg diberikan kepada

Blog List/List blog

Followers/Pengikut

About Me/tentang saya

My photo
KOTA KINABALU, SABAH, Malaysia
BERANI KERANA BENAR / BRAVE TO SPEAK OUT THE TRUTH

Search This Blog/Pencerian blog