Laporan Daily Express beberapa hari lalu menyebut lebih kurang 40 ribu orang "pelancong" dari India tidak balik setelah tamat pas lawatan/Sosial Visa mereka. Pihak kerajaan nampaknya amat risau dengan jumlah yang dilihat amat sedikit jika dibandingkan dengan PTI dari Filipina dan Indonesia khususnya di Sabah. Saya kurang pasti apakah alasan pihak kerajaan membuat kenyataan bahawa mereka akan dicari bagi memastikan mereka kembali ke negara asal.
Yang lebih pelik dan menghairankan , mengapa PTI di Sabah yang berjuta-juta jumlahnya dan hampir menyamai jumlah penduduk pribumi Sabah langsung tidak merisaukan pemerintah. Apakah logiknya bagi kerajaan membezakan dua kesalahan yang sama tapi tumpuan berbeza.
Tapi inilah lumrah bagi pemimpin kerajaan yang diterajui BN dan UMNO. Di negara ini mencuri lebih dihormati daripada meminta bantuan, sebagai contoh, jika anda berani anda boleh merompak bank, tidak salah kecuali tertangkap berbanding anda memohon pinjaman, kerana memohon pinjaman banyak karenah @ Birokerasi yang akan ditemui berbanding anda merompak bank. Jadi fikirkan lah apa mentaliti pemimpin pemerintah di negara ini.Apakah kita berbanga dengan Kepimpinan 1Malaysia yang ada jika Permasaalahan "PENGHIANATAN" kepada negara ini tidak boleh di tangani oleh Pihak Jabatan2 Kerajan yg bertanggung jawab kearah Keselamatan Negara Malaysia?....