Saturday, January 23, 2010

LAJIM: 380,000 PTI telah didaftar di negeri Sabah....

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Lajim Hj Okin berkata masaalah Pendatang tanpa izin (PTI) di Sabah sukar dibendung kerana pelbagai cara dilakukan oleh mereka untuk masuk ke negeri ini. Katanya pelbagai cara digunakan oleh PTI antaranya menggunakan laluan Darat, Laut dan Udara untuk menyalinap masuk ke Sabah apa lagi kedudukan negeri ini dikelilingi Laut memudahkan PTI datang kenegeri ini."Keadaan ini menyebabkan kerajaan sukar untuk membendung PTI yg kebanyakannya datang dari Negara jiran Filipina dan Indonesia masuk ke Sabah ini"...

Sunday, January 17, 2010

PENDATANG HARAM @ PTI BEBAS DI NEGERI SABAH...!!!

Laporan Daily Express beberapa hari lalu menyebut lebih kurang 40 ribu orang "pelancong" dari India tidak balik setelah tamat pas lawatan/Sosial Visa mereka. Pihak kerajaan nampaknya amat risau dengan jumlah yang dilihat amat sedikit jika dibandingkan dengan PTI dari Filipina dan Indonesia khususnya di Sabah. Saya kurang pasti apakah alasan pihak kerajaan membuat kenyataan bahawa mereka akan dicari bagi memastikan mereka kembali ke negara asal.

Yang lebih pelik dan menghairankan , mengapa PTI di Sabah yang berjuta-juta jumlahnya dan hampir menyamai jumlah penduduk pribumi Sabah langsung tidak merisaukan pemerintah. Apakah logiknya bagi kerajaan membezakan dua kesalahan yang sama tapi tumpuan berbeza.

Tapi inilah lumrah bagi pemimpin kerajaan yang diterajui BN dan UMNO. Di negara ini mencuri lebih dihormati daripada meminta bantuan, sebagai contoh, jika anda berani anda boleh merompak bank, tidak salah kecuali tertangkap berbanding anda memohon pinjaman, kerana memohon pinjaman banyak karenah @ Birokerasi yang akan ditemui berbanding anda merompak bank. Jadi fikirkan lah apa mentaliti pemimpin pemerintah di negara ini.Apakah kita berbanga dengan Kepimpinan 1Malaysia yang ada jika Permasaalahan "PENGHIANATAN" kepada negara ini tidak boleh di tangani oleh Pihak Jabatan2 Kerajan yg bertanggung jawab kearah Keselamatan Negara Malaysia?....

Thursday, January 14, 2010

CADANGAN KERJASAMA PELANCONGAN BORNEO DENGAN SABAH,BRUNEI.....

MIRI:Pengerak industri pelancongan di Sarawak harus berkerjasama dengan rakan mereka di Sabah dan Brunei Darussalam bagi menarik lebih ramai pelawat, Kata Menteri Pelancongan dan Warisan Sarawak, Tan Sri Dr George Chan. Katanya dua negeri itu dan Brunei boleh mencapai kemajuan yang lebih tinggi dalam Industri itu sekiranya mereka boleh berkerjasama menggalakkan Borneo sebagai destinasi Pelancongan.Biarpun Sabah mempunyai kelebihan peringkat awal dalam menggalakan industri pelancongan, beliau percaya pengerak industri di negeri itu akan bangga untuk berkerjasa dengan Sarawak dalam memikat lebih ramai Pelancong khususnya dari Eropah dan Amerika Syarikat menerusi pengenalan pakej pelancongan Borneo.

Monday, January 11, 2010

TITIK HITAM DALAM SEJARAH MALAYSIA KOMULAKAN UPKO:

(Oleh Barnard Yaang = 11/Jan/10)
PENAMPANG: Sayap KOMULAKAN PERTUBUHAN PASOK MOMOGUN KADAZAN BERSATU (UPKO) pada Ahad mengutuk tindakan pihak yg tidak bertanggungjawab yang membakar 4 buah Gereja di Malaysia Barat, Jumaat lepas.Ketuanya Ewon Benedict berkata Komulakan memandang serius perkara itu dan menggambarkannya sebagai TITIK HITAM dalam sejarah Negara Malaysia."Generasi kita juga telah menggunakan Kitab Injil dalam Bahasa Malaysia dimana perkataan Allah digunakan dalam upacara-upacara sembahyang di Gereja" Katanya dalam satu sidang media di Ibu pejabat Upko di Donggongon, pada hari Ahad kemarin.

Sunday, January 3, 2010

BERI PELUANG PEGAWAI TEMPATAN KETUAI JABATAN DI NEGERI SABAH....!!!

Kota Kinabalu: Naib Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Datuk Patrick Sindu merayu kepada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan supaya memberikan peluang kepada pegawai tempatan yg layak dan berkelibar untuk mengatuai beberapa jabatan atau agensi Kementerian itu di Sabah.Beliau berkata sudah tiba masanya anak TEMPATAN (Bukan anak PTI yg diberikan Mykad baru 1 generasi) diberikan peluang yg lebih luas untuk memegang jawatan yg lebih tinggi di Jabatan Atau Agensi Persekutuan di Negeri ini.Sementera itu Parti Maju Sabah (SAPP) juga turut membangkitkan isu yg sama dan mahu melihat lebih ramai pegawai awam dari Sabah yg layak mengetuai Jabatan atau Agensi Persekutuan yg layak mengatuai Jabatan atau Agensi Persekutuan Sabah yg layak Mengatuai Jabatan atau Agensi Persekutuan di negeri ini.Permasaalahan yg berlaku agak ganjil sebagai Contoh Anak Syarikat seperti BSSB (Borneo Semudera Sdn.Bhd)Kerajaan Negeri Sabah pula melantik PENGARAH URUSANnya dari semenanjung Malaysia.Kenapa Ketua Menteri Sabah berbuat sedemikian rupa? Apa motif d sebalik lantikan ini?......Fikir2kanlah

Sunday, November 22, 2009

SIASAT STATUS SIJIL ANAK NEGERI YB SRI TANJUNG

(18th November 2009 - NST)

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri(Adun) Sekong, Datuk Samsudin Yahya kelmarin menggesa pihak Polis, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat Adun Sri Tanjong, Jimmy Wong Sze Phin yang didakwanya mempunyai taraf Sijil Anak Negeri yang meragukan.

Beliau yang membuat dakwaan itu, ketika membahaskan Bajet Negeri 2010 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) turut meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya Majlis Perbandaran Tawau (MPT) mengambil tindakan saman dan undang-undang serta caj terhadap Adun DAP Sri Tanjong itu mengikut peruntukan yang ada.

Beliau yang turut menunjukkan beberapa bukti yang menyokong dakwaannya itu ketika perbahasan itu berkata, ini termasuk pencerobohan tanah dan kawasan taman permainan, rumah Adun berkenaan.

Perang mulut berlaku antara kedua-dua wakil rakyat itu apabila Samsudin berkata YB Pembangkang itu tidak layak menjadi Ahli Dewan.

Katanya, berdasarkan bukti-bukti yang kukuh dan sahih, saya syorkan kepada Dewan yang mulia ini, agar hak-hak kelayakan beliau (Jimmy) dilucutkan serta-merta.

“Saya membangkitkan perkara itu bukan untuk mencari kesilapan mana-mana pihak, prinsip saya mudah sahaja “berani kerana benar, takut kerana salah…kalau ini tidak benar, saya cabar beliau (Sri Tanjong) letak jawatan, kosongkan kerusi DUN dan biarkan rakyat menentukan kedudukan beliau,” tegasnya.

Menurutnya, ini adalah amanah dan tanggungjawab beliau sebagai wakil rakyat bagi memastikan rakyat Sabah khususnya pengundi di DUN Sri Tanjong, tidak lagi terus di perdaya oleh Adun itu.

“Sri Tanjong selalu melemparkan tuduhan tidak berasas kepada kerajaan, bercakap bohong di Dewan yang mulia ini, kononnya menjadi hero membela rakyat,” ujarnya.

Saturday, November 21, 2009

PEMUDA UMNO LAPOR POLIS !!!

(Oleh Sahar Buraera UB-19/Nov/09)
KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda Umno Sabah kelamarin membuat laporan polis terhadap ADUN Sri Tanjung YB.Jimmy Wong didakwa menggunakan Sijil Anak Negeri yg meragukan membeli tanah berstatus anak negeri.....Ketuanya Azman Roslan berkata,tindakan tersebut adalah melanggar kredibiliti sebagai seorang wakil rakyat dan tindakan undang2 perlu dikenakan terhadap Adun Sri Tanjung itu....."Diatas kesedaran dan tanggungjawab kita sebagai Warga Malaysia, maka Pemuda Umno Sabah membuat laporan Polis berhubung kesahihan Sijil Anak Negeri dan status bumiputera yg diberikan kepada

Blog List/List blog

Followers/Pengikut

About Me/tentang saya

My Photo
KOTA KINABALU, SABAH, Malaysia
BERANI KERANA BENAR / BRAVE TO SPEAK OUT THE TRUTH

Search This Blog/Pencerian blog

Loading...

News/Perkabaran

Loading...