Sunday, January 17, 2010

PENDATANG HARAM @ PTI BEBAS DI NEGERI SABAH...!!!

Laporan Daily Express beberapa hari lalu menyebut lebih kurang 40 ribu orang "pelancong" dari India tidak balik setelah tamat pas lawatan/Sosial Visa mereka. Pihak kerajaan nampaknya amat risau dengan jumlah yang dilihat amat sedikit jika dibandingkan dengan PTI dari Filipina dan Indonesia khususnya di Sabah. Saya kurang pasti apakah alasan pihak kerajaan membuat kenyataan bahawa mereka akan dicari bagi memastikan mereka kembali ke negara asal.

Yang lebih pelik dan menghairankan , mengapa PTI di Sabah yang berjuta-juta jumlahnya dan hampir menyamai jumlah penduduk pribumi Sabah langsung tidak merisaukan pemerintah. Apakah logiknya bagi kerajaan membezakan dua kesalahan yang sama tapi tumpuan berbeza.

Tapi inilah lumrah bagi pemimpin kerajaan yang diterajui BN dan UMNO. Di negara ini mencuri lebih dihormati daripada meminta bantuan, sebagai contoh, jika anda berani anda boleh merompak bank, tidak salah kecuali tertangkap berbanding anda memohon pinjaman, kerana memohon pinjaman banyak karenah @ Birokerasi yang akan ditemui berbanding anda merompak bank. Jadi fikirkan lah apa mentaliti pemimpin pemerintah di negara ini.Apakah kita berbanga dengan Kepimpinan 1Malaysia yang ada jika Permasaalahan "PENGHIANATAN" kepada negara ini tidak boleh di tangani oleh Pihak Jabatan2 Kerajan yg bertanggung jawab kearah Keselamatan Negara Malaysia?....

1 comment:

  1. Selaku rakyat d dalam Negara Malaysia ini saya benar2 'TIDAK TERKILAN' lagi berkenaan dengan ISU PTI ini.Jabatan2 BERWAJIB sudah LALI dengan fenomena yg sudah bermula daripada tahun 1980an dulu lagi...Jabatan yg BERTANGGUNG JAWAB seperti Imigresen,Polis dan Tentara tidak d TAKUTI oleh PTI ini, Kerana d Sebelah pihak Pentadbiran Kerajan yg menguasai Jabatan2 yg bertanggung jawab sudahpun memberikan 'HINT' kepada Jabatan yg BERWAJIB untuk tidak mengambil tindakan yg setimpal kepada PTI...Apakah d atas status mereka sebagai Penganut Agama Islam? ataupun untuk kegunaan semasa Pilihanraya?....?.....? Apakah PEMERINTAH Negara Malaysia ini benar2 IKHLAS untuk Rakyat negara ini atau hanya memperalatkan PTI dan Rakyat Negara ini sahaja? Siapa yg harus d PERSALAHKAN d atas PEMBERIAN MYKAD yang berjuta-juta orang ini? Peluang perniagaan hampir 55% sudah d kuasai oleh PTI yg d berikan Mykad Malaysia ini, TEKSI2,PASAR2 IKAN & SAYUR, SEKOLAH2 RENDAH & MENENGAH,INSTITUT PENGAJIAN TINGGI dan HOSPITAL....Siapa yg rugi d dalam Negara ini? Berapa Billion ringit (RM) yg d kirimkan keluar Negara setiap tahun?....UNTUNGkah Kerajaan Malaysia d dalam HAL ini?.....?......?

    ReplyDelete

Blog List/List blog

Followers/Pengikut

About Me/tentang saya

My photo
KOTA KINABALU, SABAH, Malaysia
BERANI KERANA BENAR / BRAVE TO SPEAK OUT THE TRUTH

Search This Blog/Pencerian blog