Saturday, October 24, 2009

HARGA BARANG2 TIDAK TERKAWAL DI IBU KOTA...

KOTA KINABALU: Harga barang2 keperluan seperti ikan dan sayur2an di Kota Kinabalu ini adalah dikawal oleh peniaga itu sendiri, Harganya sesuka hati sahaja di naik kan oleh peniaga.Kebanyakan para peniaga ini adalah bukan Warganegara negara ini.Tetapi pihak2 Jabatan Kerajaan khasnya KPDNDK,KKTP dan Dewan Bandaraya seolah olah tidak mengatahui perkara ini.Yang menjadi korban kesampatan Warga negara asing ini adalah Penduduk tempatan itu sendiri."Apalah gunanya Jabatan2 Kerajan yang dibayar gaji oleh Rakyat ini kalau tidak berfungsi langsung" Tuan Cobra,itu adalah suara kekesalan Pengunjung Pasar Ikan yg berkesampatan saya temui di Kota Kinabalu,Beliau benar2 rasa kesal terutama sekali kepada Kementerian Perdagangan dalam negeri dan Kepenggunaan,"seolah olah2 mereka hanya melepaskan tanggung jawab mereka sahaja"...Beliau yg sering berdapur diRestoran dan Kedai2 makan di Bandar juga merunggut kerana mendapati Peniaga Ikan Bakar juga sesuka hati menaikan harga2 Ikan bakar mereka. sebagai contoh 1.2kg Ayam Laut dijual selepas d bakar dengan harga Rm:27.00/ekor, Ini berlaku d Restoran Kedai Kopi Pa'Din di Sinsoron.Beliau menyeru agar KPDNDK dapatlah memantau harga barang2 dari masa kesamasa.....

3 comments:

  1. Memang permasalaahan ini benar2 saya juga merasakannya.Seminggu sekali pasti saya kepasar Ikan untuk membeli Ikan walhal ikannya setiap minggu harganya naik terus saja.Pernah sekali saya tanya apakah harga ikan d Pasar ini peniaga sesuka hati menaikkannya yah? Mereka terdiam terus,Kerana d Dalam SAFMA mereka beli dengan modal Rm:3.50/kg d dalam Pasar mereka sudah naikkan Rm:6/7/kg.Bererti KPDHEP tidak ada menangani permasaalahan ini...D samping itu juga peniaganya dalah PTI.Apa dah jadi dengan Kerajaan Negeri/Negara ini?!!!?

    ReplyDelete
  2. Saya benar2 setuju dengan pendangan dan pendapat yg d buat oleh sam.M7.Kerana saya lihat d Pasar Besar KK sekarang ni benar2 sudah lumpuh dan d Kuasai oleh PTI.Harga ikan d tetapkan keseluruhannya oleh Peniaga rakyat asing ini.Seolah olah Negara ini sudah d bawah kekuasaan ataupun Pasar KK ini sudah menjadi Wilayah Southern Philippine....KPDNDK sudah tidak ujud d mata mereka, Dan juga KPDNDK ini tidak aktif memantau harga2 barang d Pasar Ikan besar KK dan sayur2an jika tidak mendapatkan komplen atau aduan oleh pengguna.

    ReplyDelete
  3. Usah terburu-buru untuk membuat tomahan. Saya ingin bertanya kepada saudara semua, apakah tuan-tuan dan puan-puan mengenali pegawai-pegawai KPDNKK ini yang mana mereka tidak memakai uniform seperti DBKK?

    Apakah perlu dilaungkan setiap kali mereka membuat pemeriksaan di Pasar Ikan atau di mana sahaja yang mereka ini dari KPDNKK? Saya selalu pergi ke Pasar Besar KK untuk membeli dan memborong barang-barang di sana dan setiap hari saya melihat Pegawai-Pegawai KPDN ini membuat pemantauan.

    Saya pernah bersembang dengan salah seorang pegawai mereka ini tentang harga barang. Menurut mereka, harga barang-barang ini tidak dikawal sepenuhnya dan tiada akta atau seksyen yang melarang tentang kenaikan harga barang kerana kita mengamalkan pasaran bebas dan bukannya PASARAN KOMUNIS yang mana semua harga barang disatukan.

    Hanya barang-barang keperluan yang telah dikenalpasti sebagai barangan utama dan alternatif dikawal harganya menjelang musim perayaan.

    Kita sebagai pengguna mesti mempertahankan hak-hak kita sebagai Pengguna dan bukannya menyalahkan kerajaan sepenuhnya. Jika premis A menjual bawang putih RM4.50, cuba cari di premis B.. sekiranya dipremis B lebih mahal, belilah di premis A ataupun cari lagi di premis C.

    Memang kenaikan harga barang tidak boleh dipertikaikan kerana kos-kos lain juga akan naik. Perlu diingat, kos-kos ini termasuklah kos pengangkutan, cukai dan sebagainya. Ini haruslah diambilkira kerana ianya mempengaruhi barangan tersebut.

    Kita sebagai Pengguna seharusnya mencari dan mendapatkan maklumat yang sahih sebelum "menghentam" orang lain. Banyak alternatif yang membolehkan kita mendapatkan maklumat, antaranya, web KPDNKK sendiri. Sekiranya kita tidak menjalankan tanggungjawab sebagai Pengguna, kejadian seperti ini akan sentiasa terjadi. Tuding-Menuding, harga barang naik dan akhirnya, Pengguna yang rugi.

    Maaf sekiranya tersilap kata tetapi kalau ingin berdebat mengenai kenaikan harga barang ini, silakanlah membuat komen, saya akan sentiasa melihat web ini. Sekian

    ReplyDelete

Blog List/List blog

Followers/Pengikut

About Me/tentang saya

My photo
KOTA KINABALU, SABAH, Malaysia
BERANI KERANA BENAR / BRAVE TO SPEAK OUT THE TRUTH

Search This Blog/Pencerian blog