Saturday, October 31, 2009

KHABAR ANGIN RAMAI PEMIMPIN PKR SABAH AKAN LETAK JAWATAN .......

(30th October 2009 NST)
KOTA KINABALU: Khabar angin yang mengatakan ramai pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini akan meletak jawatan bagi mengikut jejak langkah Datuk Jeffrey Kitingan adalah tidak benar.

Pengerusi Perhubungan PKR Sabah yang baru, Ahmad Thamrin Zaini berkata, pada masa ini beliau tidak mendengar apa-apa laporan mengenai perkara itu dan menganggapnya sebagai hanya sebagai satu spekulasi.

“Biarlah keadaan yang akan menentukannya, buat masa ini kita anggap dakwaan itu hanya spekulasi …. kalau betul pun ia mungkin hanya melibatkan segelintir sahaja,” katanya ketika dihubungi di sini kelmarin.

Beliau mengulas mengenai kemelut PKR Sabah yang dilihat semakin meruncing selepas Jeffrey meletakkan semua jawatan dalam parti itu dan ia diikuti Ketua Cabang Kota Kinabalu, Christina Liew yang mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu, kelmarin.

Keputusan yang dibuat oleh kedua-dua pemimpin kanan PKR itu dibuat kerana tidak berpuas hati dengan cara kepimpinan tertinggi parti itu melayan kehendak PKR Sabah sejak dahulu lagi.

Menurut Thamrin beliau tidak nampak dakwaan tersebut berasas kerana pada masa ini beliau mendapat sokongan daripada ahli akar umbi.

“Setakat ini saya nampak ahli parti dan pemimpin akar umbi akur dengan keputusan yang dibuat pucuk pimpinan,” jelasnya.

4 comments:

  1. Saya semacam tidak hairanlah, seolah olah memang ada benar pemimpin2 PKR d negeri Sabah ini yg telah kena planted oleh pemimpin2 BN semenjak PRU Ke-12 yg lalu...Kerana perlantikan PP PKR Negeri Sabah benar2 tidak masuk dek akal dan tidak ada lojiknya sama sekali,seolah olah dari dulu Pemimpin PKR (Pusat) terutama sekali DSAI,DSWA dan YB.Azmin seakan akan buta laa tidak boleh nampak mana pemimpin yg berkualiti dan berkepimpinan...Berjayalah kali ini permainan orang2 tertentu hendak menghancurkan PKR d negeri ini...Insyaalah saya juga ikut berdoa untuk kehancuran PKR d negeri ini.Kerana Pemimpin PKR (Pusat) belumpun PR memerintah seluruh Negara sudah ada ciri2 diskriminasi dan Double Standard yg d lakukan oleh pemimpin2 PKR Malaya tertentu.......

    ReplyDelete
  2. Kalaulah saya menjadi Ketua Cabang dan Renting pun juga akan sama tindakan yg akan saya lakukan seperti Christina H. Liew, Kerana pemimpin yg mahu d ikutkan d dalam berparti ini jelas mahu ada support dari grassroot dan berwibawa serta mempunyai tanggung jawab yg baik.DSAI mungkin lebih bijak memikirkan perkara ini, Kerana Pembangkanga sebelum ini PAS,DAP dan PKR sendiri dengan tidak adanya DSAI masih lagi berada d dalam Panjara berapa kerusia dan MP serta DUN yg telah mereka menangi? Makahnya berparti itu jika tidak ada Pemimpin yg mahu d ikut yg bagus dan Kuat lebih bagus lagi menyokong Kepimpinan 1MALAYSIA yg sedia ada...Inilah satu kesilapan yg amat2 besar telah d buat oleh Kepimpinan PKR (Pusat, Seandainya pemilihan Pengarusi Perhubungan Negeri d buat pengundian oleh Ketua Cabang PKR pasti DSAI,DSWA dan YB.Azmin akan melihat dengan lebih jelas siapa Pengarusi Perhubungan PKR negeri Sabah yg d kehendaki oleh Ketua2 Cabang negeri d bawah bayu ini...Kalau sudah nasi menjadi bubur susah nak d jadikan nasi semula jika dari beras yg sama juga, Kecuali d masak semula/baru......

    ReplyDelete
  3. Saudara Tamrin siapakah anda? memang saya sudah mengenali anda melalui kawan2 sekitar tahun 1985 dulu tetapi tidaklah begitu kenal rapat dengan anda.Secara jujur layakkah anda menduduki dan d pilih menjadi Pengarusi Perhubungan PKR negeri Sabah? Kalau bukan Sdra Ansari yg mencadangkan kepada Sdra Azmin Ali sdra tidak ada d sana....Kerana Sdra Azmin hanya mendangar pendapat dan cadangan dari Sdra Ansari sahaja....Sayang seribu kali sayang rupa2nya YB. Azmin ini pun pemimpin yg berjiwa Autokerasi dan tidak berjiwa Demokerasi.Pentasanlah Sdra Ezam Md Noor dan Nalakarupan melarikan diri dari DSAI....Sdr Azmin tidak kenal hati budi Ansari & Tamrin lagi.....Siapakah sebenarnya mereka, Sdra Azmin akan tahu 1 hari nanti...Kalau nasi sudah menjadi bubur tidak akan berguna lagi....!!!

    ReplyDelete
  4. Rakyat dan pemimpin renting serta Cabang PKR d negeri Sabah ini tidak akan ada yg tahu siapa yg berkuasa mutlak dan kuasa memutuskan siapakah menjadi Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Sabah @PPPKRNS.Saya merasakan DSAI/DSWA hanya memberikan kuasa penuh kepada Sdra Azmin Ali untuk MENGISTIHARKAN/MEMUTUSKAN siapa yg layak menjdai PPPKRNS.Saya rasakan jika Datuk Dr Jeffry Kitingan yg d lantik menjadi PPPKRNS ia adalah Anjuran dan cadangan daripada YBG Sdra Zahid Ibrahim jika lantikan kepada Kuncu2 Sdra Ansari (Ahmad Tamrin Hj.Jaini) pasti ia datang daripada Sdr Azmin Ali...D dalam HAL ini Sdra Azmin Ali janganlah sesekali membuat lantikan bersendarkan kesukuan dan kekitaan...Kerana d Negeri Sabah ini ia jauh lain dari d Malaya (Semenanjung Malaysia).....DSAI/DSWA jika anda mahukan PKR kuat dan bertenaga d Negeri Sabah ini,ada baiknya DSAI/DSWA sendirilah yg paling sesuai untuk menjadi PPPKRNS jika seandainya DSAI/DSWA tidak mempercayai Dtk Dr Jeffry Kitingan....Bagi kami hanya Dr Jeffry saja yg benar2 layak menjadi PPPKRNS........Sila fikirkan semasak-masaknya...terima kasih.

    ReplyDelete

Blog List/List blog

Followers/Pengikut

About Me/tentang saya

My photo
KOTA KINABALU, SABAH, Malaysia
BERANI KERANA BENAR / BRAVE TO SPEAK OUT THE TRUTH

Search This Blog/Pencerian blog